Saturday, 7 May 2016

Maklumat Baharu Mengenai Proton Perdana 2016



Jika sebelum ini kita masih tertanya-tanya bilakah tarikh sebenar Proton Perdana 2016 akan dilancarkan. Berita berita dan spyshot-spyshot model D-Segmen Proton ini sudah lama bertebaran di laman-laman sosial dan tidak kurang juga di dalam laman laman web automotif terkemuka di Malaysia.

 Namun kalendar sudahpun melabuhkan tirai bulan Aprilnya dan mula memasuki bulan Mei tahun 2016. Akan tetapi model tersebut masih belum dilancarkan secara rasmi oleh pihak Proton. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, mengapa model ini begitu mendapat perhatian rakyat Malaysia? Adakah model ini mampu untuk dimiliki semua orang? Adakah ianya begitu istimewa hingga begitu banyak yang memperkatakan tentangnya?

 Kami tidak mempunyai jawapan yang sebenar. Namun apa yang dapat kami simpulkan mengenai mengapa model ini amat mendapat perhatian adalah disebabkan oleh model Perdana adalah antara model yang masih belum diperbaharui ataupun diganti sejak kemunculannya iaitu sekitar era 1994 hinggalah 2009. Ini bermakna model tersebut sudahpun 7 tahun dibiarkan kosong tanpa ada pengganti sejak produksi terakhirnya. Proton membiarkan begitu lama model D-Segmen mereka kosong tanpa ada pengganti.

 Sudah tentu Proton telahpun kehilangan hampir kesemua "market share" di dalam pasaran segmen mewah sejak 7 tahun yang lalu. Sedar akan situasi tersebut, Proton telahpun mengambil langkah yang bijak dengan mengambil keputusan untuk mula melakukan kerja-kerja mereka cipta jentera Perdana generasi baharu, yang mana ianta pasti akan menggugat pasaran model-model D-Segment jenama lain seperti Nissan Teana, Toyota Camry, Honda Accord dan juga VW Passat. 

Tidak mengejutkan juga jika peminat C Segment seperti Toyota Altis, Honda Civic, Kia Cerato mahupun Nissan Slphy akan mula beralih arah kepada model Perdana ini jika harganya hampir sama ataupun lebih murah berbanding jenama-jenama import tersebut.

Melalui Facebook Kelab Perdana 3rd Gen, disini kami tampilkan beberapa maklumat penting berkenaan model baharu Proton ini yang mana beberapa orang ahlinya mengakui telahpun mencuba ataupun "test drive" model tersebut dan juga mereka mengetahui beberapa maklumat penting mengenai model tersebut. Disini saya tampilkan screenshot yang diambil di dalam laman kelab tersebut :






Antara kesimpulan yang dapat disimpulkan dari screenshot-screenshot tersebut :

1) Dalam dan luaran model tersebut amat berlainan  dan jauh berbeza dari model Honda Accord generasi 
     ke-8.

2) Harga model Perdana adalah mungkin lebih murah RM20k hingga RM30k dari model Honda Accord
    generasi ke-8. Namun masih tiada harga rasmi yang dikeluarkan pihak Proton.

3) Pemanduannya pula adalah 100% sama dengan pendermanya model Honda Accord.

4) Tarikh dilancarkan adalah pada 28/5/2016. Namun kami tidak pasti adakah maklumat ini sahih.

5) Proton Perdana ini masih belum ada "Handling by Proton" yang sinonim dengan model model Proton 
    generasi sekarang seperti Suprima, Preve dan Iriz diamana ianya menawarkan pemanduan yang mantap 
    dan solid.

6) Jika mahu Perdana yang mempunyai handling yang ditala Proton, mungkin perlu tunggu sehingga bulan 11
    tahun 2017 dimana model ini akan menggunakan enjin Petronas 2.0 Turbo sebelum digantikan dengan
    enjin TGDI pada tahun 2018.


Namun segala maklumat ini kami tidak jamin adalah benar dan berasas. Sekian....

Proton Suprima S Dikejar Sebuah Motor








Video yang kami jumpai dari salah satu forum terkemuka di Malaysia ini menunjukkan video sebuah motor cuba untuk mengejar kenderaan model Proton Suprima S. Di hujung video berkenaan menunjukkan kedua dua buah motor dan kereta ini sudah pun mencecah kelajuan 213km/j.

Proton Suprima S adalah sebuah model Proton yang mempunyai rupa yang hampir sama dengan model Proton Preve. Namun ianya mempunyai bahagian belakang yang lebih pendek dan boleh dikategorikan sebagai model hatchback.

Proton Suprima dilancarkan pada tahun 2013 dengan menawarkan empat variasi iaitu Super Premium, Premium, Executive dan Standard. Sejak kebelakangan ini, model tersebut dapat dilihat mula banyak menjalar di sekitar jalan raya di Malaysia berbanding sebelum ini di mana ianya boleh dianggap sebagai sebuah model yang "rare" ataupun yang amat jarang untuk dilihat. 

Sejak kemunculannya, berbagai kritikan yang baik mahupun yang buruk dapat didengar berkenaan model ini. Ada yang menganggap model ini sebagai sebuah model "syok sendiri" kerana umum mengetahui bahawa rakyat Malaysia bukanlah mereka yang menggemari model model yang pendek.Tidak kurang juga yang memuji diantaranya berkenaan kekurangan-kekurangan yang dimiliki abangnya Proton Preve sebelum ini telahpun dikemaskini di dalam model tersebut. Begitu juga mereka yang memuji tahap keselamatan kenderaan ini yang berada di tahap yang terbaik bagi melindungi pemandu dan penggunanya.



Thursday, 5 May 2016

Amaran Buat Pemandu Honda Malaysia, Dua Kes Maut Dikaitkan Dengan Takata Airbag






Jika sebelum ini Honda Malaysia telah pun mengumumkan bahawa mereka memanggil balik 143, 970 kenderaan lagi di dalam negara disebabkan masalah beg udara Takata. Ini diikuti oleh panggilan yang sama dilakukan oleh syarikat itu pada bulan Mei dan Jun dimana 87, 182 dan 46, 710 kenderaan dipanggil semula akibat masalah yang sama.

Panggilan balik ini akan membolehkan beg udara pemandu digantikan dengan yang baharu. Segala kos penggantian ini akan ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia.

Honda Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan penggunanya terjamin. Kesemua pengguna model yang terlibat akan menerima surat pemberitahuan, dimana ianya juga akan disertakan dengan terperinci mengenai "update" produk terbabit. 

Honda Malaysia juga telah mengesahkan 2 kes yang dikaitkan dengan beg udara Takata di Malaysia yang berlaku pada bulan April dan Mei yang lalu. Kedua dua kemalangan tersebut menyebabkan kematian yang tragik kepada pemandu tersebut.

Dibawah ini kami sertakan senarai model-model yang dipanggil balik oleh Honda Malaysia. Selain dari masalah beg udara, Honda Malaysia juga turut memanggil balik model Honda City (2014) dan Honda Jazz (2015) berkaitan gearbox CVT dan juga beberapa model yang lain berkenaan masalah bateri.


Berikut adalah senarai model yang dipanggil balik di Malaysia.
 
Honda has confirmed that the Takata single stage (SDI) driver’s airbag inflators ruptured in two crashes in April and May respectively in Malaysia.Both crashes resulted in the tragic deaths of the drivers. No official cause of death has been yet determined for either case. Our thoughts and deepest sympathies are with the families of the drivers during this difficult time.

1) A crash on April 16, 2016, in Sabah state

Honda has confirmed during an inspection with the Royal Malaysia Police that the Takata single stage (SDI) driver’s airbag inflator ruptured in the crash of a 2006 Honda City on April 16, 2016, in Sabah state. The vehicle involved in this crash was included in a Malaysian Product Update (recall) announced on May 21, 2015, requiring replacement of the SDI inflator of the Takata driver’s front airbag.

2) A crash on May 1, 2016, in Kedah state

Honda has confirmed during an inspection with the Royal Malaysia Police that the Takata single stage (SDI) driver’s airbag inflator ruptured in the crash of a 2003 Honda City on May 1, 2016, in Kedah state. The vehicle involved in this crash was included in a Malaysian Product Update (recall) announced on December 8, 2014, requiring replacement of the SDI inflator of the Takata driver’s front airbag.

Honda is communicating with representatives of the drivers’ families in an effort to resolve their remaining concerns. Out of respect for the families, Honda will not provide any personal information.















Thesis: UiTM Nafi Unsur Plagiat

Default Tesis: UiTM Nafi Unsur Plagiat




Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM


SHAH ALAM, 5 Mei - Tidak wujud sebarang unsur plagiat seperti yang didakwa oleh sekumpulan bekas graduan University of Bath, United Kingdom susulan tesis mereka dikatakan dimuat naik dalam laman web perpustakaan digital Universiti Teknologi Mara (UiTM) tanpa kebenaran.

Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said berkata hasil siasatan awal oleh pihak universiti itu mendapati isu berkenaan berpunca daripada perisian dan penakrifan berkaitan bahan bacaan yang dimuat naik ke perpustakaan digital berkenaan.

"Saya hendak tekankan di sini tidak wujud unsur plagiat dan hasil penuh siasatan akan diumumkan dalam beberapa hari lagi," katanya kepada pemberita pada Majlis 100 hari Pentadbiran Naib Canselor dan Konferensi Akademik 2016, di sini hari ini.

Pada 29 April lalu, sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan 15 gradian University of Bath mendakwa UiTM mencuri harta intelek selepas mendapati tesis mereka dimuat naik dalam laman web perpustakaan digital universiti itu, UiTM IR.

Daripada jumlah pelajar terbabit, empat daripada mereka merupakan bekas pelajar di bawah Program Sarjana Eksekutif Pentadbiran Perniagaan (MBA) Universty of Bath-Malaysia Institute of Management (MIM) 1994.

Dakwa mereka, tesis-tesis yang dihasilkan pada pertengahan 1990-an ketika mengikuti program sarjana pentadbiran niaga antara kampus UK dengan Institut Pengurusan Malaysia (MIM) tersebut, disiarkan dalam UiTM IR tanpa kebenaran.

Mereka juga mendakwa tesis-tesis yang dimuat naik di situ mengandungi logo UiTM dan tanda hak ciptanya tanpa kebenaran mereka.

Pada Isnin lepas, UiTM menutup sementara laman web perpustakaan digital berkenaan untuk memberi ruang bagi siasatan terperinci dilakukan.


Wednesday, 4 May 2016

Perodua Myvi Facelift Baru Akan Dilancarkan?




Melalui akaun Instagram Naza World, dinyatakan bahawa model baharu Perodua Myvi akan membuat penampilan sulung di dalam karnival " Riuh Bersama Perodua" yang akan berlangsung di bilik pameran Perodua di TTDI Sabtu ini.

Berdasarkan gambar yang dipost di dalam akaun Instagram Naza World itu, dapat kita lihat bayangan hitam kereta Myvi Facelift tersebut, dihimpit dengan dua model laris Perodua yang lain iaitu Perodua Axia dan juga Perodua Alza. 

Malangnya tiada gambaran sebenar rupa paras Myvi tersebut begitu juga dengan spefikasi yang akan ditawarkan dapat kami terima. 

Namun kami amat berharap agar pihak Perodua dapat menawarkan variasi Myvi Facelift ini bersama ciri-ciri keselamatan terkini seperti 6 beg udara , ESC, EBD, TRC, Hill Hold Assist dan juga sistem sistem keselamatan yang lain selari dengan arus kemajuan teknologi kereta masa kini.

Ada juga yang berpendapat bahawa model baru MyVi Facelift ini diinspirasikan dari model baharu Toyota Passo dan Daihatsu Boon.


Namun buat sementara ini, korang imagine lah dulu ye rupa dia. Sebab apa? Sebab memang tak sangka senyap-senyap Perodua rupa rupanya ade model baharu. Cepat betul Perodua buat kerja ye? Bak kata pepatah diam diam ubi berisi. Apa apa pon kita tunggu Sabtu, 7 May ini. Tunggu....

Apa kata anda?




Tuesday, 3 May 2016

Gaji RM20k Sebulan Pon Tak Cukup


Dilema Seorang Yang Bergaji RM20,000 Sebulan. Search punya search, terjumpa di media sosial

seorang anonymous nie yang bertanya mengenai pendapatan RM20k sebulannya yang tidak

mencukupi. Bagi  kebanyakkan kita, RM20k sebulan lebih dari mencukupi. Even yang bergaji

RM1000 sebulan pon cukup siap tanggung 5-6 orang anak lagi. Betullah orang kata, lebih besar

gaji kita, lebih besar tanggungan kita. Rumah besar, kereta besar, belanja besar. Ikut nafsu gaji

RM50k sebulan pon boleh tak cukup!!!






























Benarlah apa yang dinyatakan hadis ini: 


Ibnu Az Zubair pernah berkhutbah di Makkah, lalu ia mengatakan,

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – كَانَ يَقُولُ « لَوْ أَنَّ ابْنَ آدَمَ أُعْطِىَ وَادِيًا مَلأً مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ إِلَيْهِ ثَانِيًا ، وَلَوْ أُعْطِىَ ثَانِيًا أَحَبَّ إِلَيْهِ ثَالِثًا ، وَلاَ يَسُدُّ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إِلاَّ التُّرَابُ ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ »


Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Seandainya manusia diberi lembah penuh dengan emas, maka ia masih menginginkan  lembah yang kedua semisal itu. Jika diberi lembah kedua, ia pun masih menginginkan lembah ketiga. Perut manusia tidaklah akan penuh melainkan dengan tanah. Allah tentu menerima taubat bagi siapa saja yang bertaubat.” (HR. Bukhari no. 6438)



Disini saya sertakan pengiraan anonymous tersebut yang menyatakan bahawa gajinya RM20k sebulan tetapi masih tak cukup.



Gaji  RM20k atau RM250k setahun.

Lepas tolak EPF tinggal RM18k

Taxable income is 220k, taxed amount is 40.7k, or around 3.5k per month.
Tinggal RM14.5k

Beli Rumah, untuk yang bergaji RM 20k, beli semi-d dalam 3-4 tahun yang lepas, harga dalam RM1,200,000, loan RM 1 juta. Bulan-bulan dalam RM5k untuk 30 tahun.
RM14.5k - RM5k = RM9.5k

Beli BMW 3 Series , RM270k, installment RM4k monthly.

9.5k - 4k = 5.5k

Beli insurance, 500 monthly

5.5k - 500 = 5k

Makan minum + entertainment, around 1k

5k-1k = 4k

Petrol + toll + car maintenance , RM500

RM4k - 500 = 3.5k

Internet, astro, iPon = 500/month

3.5k - 500 = 3k

Cuti jalan-jalan, melancong 12k per year, termasuk shopping. anggaran 1k sebulan.

3k - 1k = 2k

Bagi duit kat mak bapak , 1k

2k-1k = 1k

Lain lain , RM500/month.

1k - RM500 = RM500

Left 500 only. Not even enough for emergency situation.



Apa pendapat korang??



Model Baharu Proton, Perdana R, Isi Kekosongan Segmen Mewah

Agak meriah di media media sosial sejak beberapa bulan yang lepas berkenaan hala tuju pembuat kereta nasional pertama negara, Proton Holding Berhad. Begitu banyak isu yang menghujani syarikat nasional negara itu sama ada yang manis dan tidak kurang jugak yang kurang manis untuk didengar.

 Dikejutkan dengan perletakan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai Pengurusi Proton dan Lotus, penurunan jualan Proton, dan tidak lupa juga "soft loan" sebanyak RM1.5 Billion yang diluluskan kerjaan. Tidak lupa juga berita berita manis yang didengar dari syarikat ini yang mana diantaranya adalah seperti kerjasama Proton dan Suzuki, penghasilan enjin baru Proton yang akan menggantikan CamPro dan juga export pertama Proton ke Chile.

Paling menggembirakan peminat kereta nasional ialah berita berkenaan penghasilan enjin baharu Proton yang akan menggantikan enjin CamPro yang sudah sekian lama berbakti kepada Proton. Antara variasi enjin baharu Proton yang akan dihasilkan ialah :


  • 1.0-litre 3-cylinder VVT (Variable Valve Timing)
  • 1.2-litre 3-cylinder VVT
  • 1.3-litre 4-cylinder GDi (Gasoline Direct Injection)
  • 1.5-litre 4-cylinder GDi
  • 1.3-litre 4-cylinder T-GDi (Turbo Gasoline Direct Injection)
  • 1.5-litre 4-cylinder T-GDi
Paling mengujakan ialah enjin variasi 1.5 TGDi (TurboGasolineDirectInjection) yang dikhabarkan mampu menghamburkan kuasa kuda sebanyak180hp dan juga daya kilas sebanyak 250Nm. Mengikut data, enjin ini berjaya mengatasi enjin Honda Civic 1.5 Turbo yang baharu dimana enjin Honda hanya menghasilkan 173hp dan 220Nm. Mengujakan? Sudah tentu!!

Bukan itu sahaja, Proton juga dikhabarkan akan menghasilkan tiga model baharu tahun ini iaitu Perdana 2016, Persona baharu dan juga Saga baharu. Akan tetapi kami masih belum dapat mencari gambar-gambar model Persona dan Saga baharu tanpa stiker pelekat yang membalut kereta. Hanya model Perdana gantian ini berjaya kami temui gambarnya tanpa sebarang "comouflage sticker". Apa pendapat anda? Cantik bukan?

Apa yang paling menarik perhatian mengenai model Perdana baharu ini ialah mengenai panjangnya. Berdasarkan brochure yang tertera, panjang badan kereta ini adalah sepanjang 5020mm!! Ini bermakna ianya adalah lebih panjang daripada BMW F10 5 Series Sedan yang hanya mempunyai kepanjangan badan sepanjang 4907mm. Wow. Boleh tahan juga panjangnya!!!











131,813 kakitangan nikmati kenaikan gaji Julai ini


KUALA LUMPUR - Seramai 131,813 kakitangan awam Kementerian Pertahanan termasuk warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menikmati kenaikan satu tangga gaji bermula 1 Julai ini

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kenaikan itu dilaksanakan mengikut Skim Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia

"Agenda penambahbaikan ini juga melibatkan aspek kebajikan anak-anak anggota dengan menyediakan perkhidmatan bas sekolah termasuk perumahan yang selesa," katanya kepada pemberita selepas melawat Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Desa Tun Hussein Onn, di sini hari ini

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata bagi anggota Lain-Lain Pangkat ATM, Perajurit Muda yang tamat latihan asas akan menikmati gaji permulaan Prebet sebanyak RM1,564 sebulan berbanding RM1,137 yang diterima sebelum ini

Katanya bagi Pegawai Kadet berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia akan menerima RM1,500 sebulan berbanding RM1,104

"Pegawai berpangkat Leftenan Muda yang berkelulusan ijazah Sarjana Muda pelbagai jurusan dan ijazah Sarjana Muda Undang-Undang memperolehi gaji sebanyak RM2,585 dan RM2,730.61 berbanding RM2,411.85

"Pemegang ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan akan menerima gaji sebanyak RM2,876.67 berbanding RM2,703.37 manakala pemegang ijazah Sarjana Muda Perubatan Veterinar akan menerima RM3,022.13 berbanding RM2,593.94," katanya

Terdahulu Hishammuddin menyerahkan kunci RKAT Desa Tun Hussein Onn kepada 160 warga ATM berkeluarga yang berpangkat korperal dan ke bawah

Projek RKAT bernilai RM11.2 juta melibatkan dua blok kediaman itu siap dibina pada 28 Mac lepas

Monday, 2 May 2016

Tindakan Pemain Import JDT Rai Jaringan, Diaz Dedah Simbolik Sebenar


Gaya tersendiri Diaz ketika meraikan jaringan gol yang dihasilkannya.


TINDAKAN pemain import Johor Darul Ta’azim (JDT) Jorge Pereyra Diaz yang meraikan gol dengan menggunakan gaya “berkepak ayam” bukannya bertujuan bagi menyindir pasukan lawan.

Menerusi kemas kini status laman Facebook Johor Southern Tiger hari ini memaklumkan bahawa tindakan Diaz tersebut adalah sinonim bagi meraikan setiap jaringan yang dihasilkan olehnya sejak dari awal musim lagi.

Difahamkan, gaya yang dilakukan Diaz dalam setiap aksi perlawanan selepas menjaringkan gol adalah didedikasikan kepada anak lelakinya yang gemar melakukan aksi sedemikian ketika bersamanya di rumah.

“Sayangnya, ramai pihak luar di sana yang menabur fitnah mengatakan cara itu bertujuan semata-mata untuk menyindir pasukan Kedah baru-baru ini. “Hentikanlah memfitnah dan cubalah terus menyambung kehidupan anda,”tulisnya.

Dalam pertembungan peringkat separuh akhir kedua Superbest Piala FA 2016 semalam, JDT berjaya meraih kemenangan ke atas Kedah, 3-1 sekali gus menjadikan agregat 4-3 di Stadium Tan Sri Dato Hassan Yunos, Larkin.

Gol kemenangan JDT dijaringkan oleh Diaz yang meledak masuk jaringan ketiga pasukan dan meletakkan keputusan kekal 3-1 hingga wisel penamat.

Dengan kemenangan tersebut, JDT dijadualkan bakal bertemu dengan pasukan PKNS FC pada saingan akhir pada 15 Mei ini.