Monday, 2 May 2016

Tindakan Pemain Import JDT Rai Jaringan, Diaz Dedah Simbolik Sebenar


Gaya tersendiri Diaz ketika meraikan jaringan gol yang dihasilkannya.


TINDAKAN pemain import Johor Darul Ta’azim (JDT) Jorge Pereyra Diaz yang meraikan gol dengan menggunakan gaya “berkepak ayam” bukannya bertujuan bagi menyindir pasukan lawan.

Menerusi kemas kini status laman Facebook Johor Southern Tiger hari ini memaklumkan bahawa tindakan Diaz tersebut adalah sinonim bagi meraikan setiap jaringan yang dihasilkan olehnya sejak dari awal musim lagi.

Difahamkan, gaya yang dilakukan Diaz dalam setiap aksi perlawanan selepas menjaringkan gol adalah didedikasikan kepada anak lelakinya yang gemar melakukan aksi sedemikian ketika bersamanya di rumah.

“Sayangnya, ramai pihak luar di sana yang menabur fitnah mengatakan cara itu bertujuan semata-mata untuk menyindir pasukan Kedah baru-baru ini. “Hentikanlah memfitnah dan cubalah terus menyambung kehidupan anda,”tulisnya.

Dalam pertembungan peringkat separuh akhir kedua Superbest Piala FA 2016 semalam, JDT berjaya meraih kemenangan ke atas Kedah, 3-1 sekali gus menjadikan agregat 4-3 di Stadium Tan Sri Dato Hassan Yunos, Larkin.

Gol kemenangan JDT dijaringkan oleh Diaz yang meledak masuk jaringan ketiga pasukan dan meletakkan keputusan kekal 3-1 hingga wisel penamat.

Dengan kemenangan tersebut, JDT dijadualkan bakal bertemu dengan pasukan PKNS FC pada saingan akhir pada 15 Mei ini.

No comments:

Post a Comment