Melalui akaun Instagram Naza World, dinyatakan bahawa model baharu Perodua Myvi akan membuat penampilan sulung di dalam karnival " Riuh Bersama Perodua" yang akan berlangsung di bilik pameran Perodua di TTDI Sabtu ini.
Berdasarkan gambar yang dipost di dalam akaun Instagram Naza World itu, dapat kita lihat bayangan hitam kereta Myvi Facelift tersebut, dihimpit dengan dua model laris Perodua yang lain iaitu Perodua Axia dan juga Perodua Alza.
Malangnya tiada gambaran sebenar rupa paras Myvi tersebut begitu juga dengan spefikasi yang akan ditawarkan dapat kami terima.
Namun kami amat berharap agar pihak Perodua dapat menawarkan variasi Myvi Facelift ini bersama ciri-ciri keselamatan terkini seperti 6 beg udara , ESC, EBD, TRC, Hill Hold Assist dan juga sistem sistem keselamatan yang lain selari dengan arus kemajuan teknologi kereta masa kini.

Ada juga yang berpendapat bahawa model baru MyVi Facelift ini diinspirasikan dari model baharu Toyota Passo dan Daihatsu Boon.
Namun buat sementara ini, korang imagine lah dulu ye rupa dia. Sebab apa? Sebab memang tak sangka senyap-senyap Perodua rupa rupanya ade model baharu. Cepat betul Perodua buat kerja ye? Bak kata pepatah diam diam ubi berisi. Apa apa pon kita tunggu Sabtu, 7 May ini. Tunggu....
Apa kata anda?
No comments:
Post a Comment