Tuesday, 3 May 2016

Model Baharu Proton, Perdana R, Isi Kekosongan Segmen Mewah

Agak meriah di media media sosial sejak beberapa bulan yang lepas berkenaan hala tuju pembuat kereta nasional pertama negara, Proton Holding Berhad. Begitu banyak isu yang menghujani syarikat nasional negara itu sama ada yang manis dan tidak kurang jugak yang kurang manis untuk didengar.

 Dikejutkan dengan perletakan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai Pengurusi Proton dan Lotus, penurunan jualan Proton, dan tidak lupa juga "soft loan" sebanyak RM1.5 Billion yang diluluskan kerjaan. Tidak lupa juga berita berita manis yang didengar dari syarikat ini yang mana diantaranya adalah seperti kerjasama Proton dan Suzuki, penghasilan enjin baru Proton yang akan menggantikan CamPro dan juga export pertama Proton ke Chile.

Paling menggembirakan peminat kereta nasional ialah berita berkenaan penghasilan enjin baharu Proton yang akan menggantikan enjin CamPro yang sudah sekian lama berbakti kepada Proton. Antara variasi enjin baharu Proton yang akan dihasilkan ialah :


  • 1.0-litre 3-cylinder VVT (Variable Valve Timing)
  • 1.2-litre 3-cylinder VVT
  • 1.3-litre 4-cylinder GDi (Gasoline Direct Injection)
  • 1.5-litre 4-cylinder GDi
  • 1.3-litre 4-cylinder T-GDi (Turbo Gasoline Direct Injection)
  • 1.5-litre 4-cylinder T-GDi
Paling mengujakan ialah enjin variasi 1.5 TGDi (TurboGasolineDirectInjection) yang dikhabarkan mampu menghamburkan kuasa kuda sebanyak180hp dan juga daya kilas sebanyak 250Nm. Mengikut data, enjin ini berjaya mengatasi enjin Honda Civic 1.5 Turbo yang baharu dimana enjin Honda hanya menghasilkan 173hp dan 220Nm. Mengujakan? Sudah tentu!!

Bukan itu sahaja, Proton juga dikhabarkan akan menghasilkan tiga model baharu tahun ini iaitu Perdana 2016, Persona baharu dan juga Saga baharu. Akan tetapi kami masih belum dapat mencari gambar-gambar model Persona dan Saga baharu tanpa stiker pelekat yang membalut kereta. Hanya model Perdana gantian ini berjaya kami temui gambarnya tanpa sebarang "comouflage sticker". Apa pendapat anda? Cantik bukan?

Apa yang paling menarik perhatian mengenai model Perdana baharu ini ialah mengenai panjangnya. Berdasarkan brochure yang tertera, panjang badan kereta ini adalah sepanjang 5020mm!! Ini bermakna ianya adalah lebih panjang daripada BMW F10 5 Series Sedan yang hanya mempunyai kepanjangan badan sepanjang 4907mm. Wow. Boleh tahan juga panjangnya!!!











No comments:

Post a Comment