Friday, 22 April 2016

10 Best Instant Noodle In The World


The Ramen Rater, satu laman yang merekodkan mee segera dari segi penilaian beberapa ratus mee segera keluaran beberapa negara memberikan 10 mee segera terbaik didunia. Bangga mee keluaran Malaysia ada tersenarai. Laman ini telah melakukan 1600 review pada pek mee segera beberapa buah negara pengeluar mee segera. Adalah amat membanggakan apabila hampir kesemua rangking tersebut dirangkul mee segera buatan Malaysia. Malaysia boleh!!!



Ranking 1

MyKuali Penang Red Tom Yum Goong Noodle (Malaysia) 






Ranking 2

MyKuali Penang White Curry Noodle (Malaysia)





Ranking 3

Prima Taste Singapore Laksa La Mian (Singapura)





Ranking 4

CarJEN Nyonya Curry Laksa (Malaysia)





Ranking 5

Prima Taste Singapore Curry La Mian (Singapura)





Ranking 6

Mamee Chef Gold Recipe Mi Kari Seribu Rasa (Malaysia)





Ranking 7

MyKuali Penang Hokkien Prawn Noodle (Malaysia)





Ranking 8

Mama Oriental Style Instant Noodles Green Curry Flavour Jumbo Pack (Thailand)





Ranking 9

Maruchan Gotsumori Sauce Yakisoba (Jepang)





Ranking 10

A-Sha Veggie Noodle Tomato Noodle (Taiwan)

Wednesday, 20 April 2016

Dashboard Kereta Yang Pelik


Dashboard (papan pemuka) ni, selain daripada berfungsi sebagai tempat untuk meletakkan alatan dan kompenen penting kenderaan seperti meter had laju, meter minyak, cruise control, dan sebagainya, ia juga berfungsi bagi menggambarkan nilai estetika dan jualan kenderaan tersebut di pasaran..Apa guna kalau luaran cantik tapi dalaman tak menarik langsung dan fungsi yang mengelirukan bakal pembeli, agak-agak, ada yang nak beli tak?


Kat bawah ni aku dah senaraikan gambar dan jenis kereta yang mempunyai dashboard yang pelik tu, korang rasa macam mana pulak?


1. Maserrati Boomerang 1972






2. Citroen Xenia 1981





3. Pontiac Banshee 1988





4. Lancia Orca 1982





5. Pagani Huayra 2012





6. Fiat Multipla 2002





7. Honda Civic 2003 (Customized)





8. Citroen GSA Pallas 1983





9. Aston Martin Lagonda 1984





p/s: Kalau jenis limited edition pun belum tentu aku nak beli..Huhuhu =,='

Tuesday, 19 April 2016

Dubai Kota Membangun

"Dubai satu kota yang paling membangun, moden dan berteknologi tinggi, tak hairanlah ramai yang mengimpikan untuk datang ke sini. "

Bukan sahaja pemandangan hutan konkrit yang mencecah sehingga ke awan, malah banyak keunikan yang membuatkan Dubai berbeza dari kota yang lain di dunia.

Menjadi kota termewah, anda bakal melihat masyarakatnya menjalani kehidupan yang sangat luar biasa. Berikut merupakan antara pemandangan yang boleh membuatkan anda lebih teruja dengan kota Dubai.






























Bot Mewah Bercirikan Banglo



 Sebuah firma Austria telah membangunkan  "pulau" terapung buatan manusia , lengkap dengan dua enjin diesel kecil untuk bila-bila masa anda suka untuk perubahan pemandangan.

Berbentuk bujur "Orsos Pulau" telah direka untuk menggabungkan mobiliti kapal layar dengan keselesaan rumah. Ia menawarkan enam bilik tidur tersebar  tiga tingkat dan 1,000 meter persegi - hampir seluas empat gelanggang tenis .

Terdapat sebuah bilik permainan besar di pulau "hull." Sementara itu, Suite karaoke air adalah ideal untuk orang-orang yang suka menyanyi..

Pulau ini juga datang lengkap dengan semua keselesaan mega kaya Jakuzi, barbeku, kerusi berjemur, bar mini, ruang makan mewah dan, sudah tentu, akuarium.

Tag harga untuk semua ini sudah pasti lebih daripada yang anda harapkan untuk membayar sebuah rumah agam tanah besar tetapi, pada $ 6500000..

















Langkawi Tersenarai Jambatan Paling Awesome


1. Jambatan Millau Viaduct


Juga dikenali sebagai Millau Bridge, jambatan itu bukan hanya cantik dan indah di mata, tetapi juga adalah jambatan yang tertinggi di dunia, mencapai ketinggian 343 meter di bahagian atas tiang-tiangnya. Jalan pada jambatan itu sendiri berada pada ketinggian 270 meter, lebih sedikit daripada ketinggian skybridge dekat KLCC tu. Pergh!






2. Jambatan Golden Gate


Kalau biasa tengok filem Hollywood, mesti korang dah biasa tengok jambatan ni. Menghubungkan San Francisco dan California, jambatan ini hanya disokong oleh sambungan kable sahaja. Takda tiang. Ye, takda tiang. Menakjubkan, terdapat 27,572 kable digunakan bagi membina jambatan ini.




3. Jambatan Sydney Harbour


Mempunyai rekabentuk dan senibina yang menarik, jambatan ini mempunyai 8 laluan kereta, 2 laluan kereta api, dan satu laluan pejalan kaki. Disebabkan jambatan Sydney Harbour mempunyai kelebaran yang sangat besar, iaitu 49 meter lebar, menjadikan jambatan ini direkodkan sebagai jambatan terlebar di dunia.





4. Jambatan Helix


Mempunyai jambatan dengan seni bina menarik, jambatan ini tersenarai sebagai jambatan paling cantik didunia. Strukturnya yang dibina daripada rod besi, disusun membentuk bentuk “spiral”, merupakan jambatan pejalan kaki yang dibina merentasi sungai. Pada waktu malam, limpahan lampu berwarna warni menjadikan jambatan spiral ini kelihatan sangat menakjubkan.






5. Jambatan Infiniti



Jambatan ini merupakan salah satu yang paling mengagumkan  kerana ia menyerupai simbol infiniti (simbol ∞ ) apabila dilihat pada permukaan air di bawah jambatan. Tetapi bukan itu sahaja, perkara yang benar-benar menarik tentang jambatan ini ialah pada waktu malam nya dimana satu siri lampu menerangi dua belah laluan pejalan kaki, saling bertukar warna apabila ada orang yang berjalan disitu.





6. Tower Bridge, London


Menjadi mercu tanda kota London, jambatan ini mempamerkan reka bentuk istana lama. Jambatan ini menjadi salah satu sistem pengangkutan terpenting di London, yang mana menghubungkan dua bahagian sungai Thames. Port wajib ambil gambar bila sampai London!





7. Jambatan Khaju


Jambatan ini dibina hasil daripada 23 pintu gerbang batu yang membentuk salah satu daripada jambatan yang paling indah di dunia. Terletak di Isfahan, Iran, pembinaan jambatan ini bukan sahaja menghubungkan kedua-dua belah Sungai Zayandeh, ia juga berfungsi sebagai empangan yang mengawal selia aliran sungai.






8. Langkawi Sky Bridge


Jambatan ini digantung oleh 8 kabel yang dipegang oleh 81.5cm tiang tunggal, dan tergantung pada ketinggian kira-kira 100 meter di atas tanah. Pelancong perlu menaiki kereta kabel sebelum tiba ke atas puncak yang menghubungkan jambatan ini dengan stesyen atas kereta kabel. Dari aras ini, kita boleh tengok pemandangan indah Langkawi.





Roti Bakar Paling Fotogenik, Hanya Di Hong Kong

Yummy, nampak sangat sedap dan menggiurkan. Itulah dia roti bakar 'special' yang boleh didapati jika anda berkunjung ke Hong Kong.


Apa yang istimewa sangat dengan roti bakar ini ialah keju yang didatangkan berwarna-warni. Memang 'comfirm' siapapun tengok akan terkejut dan terpikat dengannya.


Setiap warna juga mewakili perisa berlainan seperti lavender (biru), basil (hijau), tomato (merah) dan juga keju (kuning).





Nak tahu bagaimana rasanya? Rotinya sangat rangup dan kombinasi rasa tomato dan lavender begitu unik, tulis satu review di internet.


Yang pastinya,  semua orang tak akan melepaskan peluang bergambar dengan roti bakar yang sangat fotogenik ini.


Di Hong Kong ia boleh didapati dengan harga 42 HKD bersamaan RM21. Boleh tahan juga kan?