Friday, 20 May 2016

Kemalangan BMW langgar Proton





Ciri-Ciri Keselamatan Suprima S


Model Suprima S kali ini agak menarik dengan ciri-ciri keselamatan yang ditawarkan. Ada 6 beg udara, Anti-trap Power Window (sebelah pemandu sahaja), Sistem Anti Kekunci membrek (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), untuk model premium ada Park Assist dan Kamera undur. Dan juga Suprima S mendapat 5 bintang di dalam ujian keselamatan ANCAP.

Berdasarkan bukti kemalangan yang dihadapi seperti di dalam gambar yang tertera, terbukti Suprima S adalah amat cemerlang dalam memainkan peranannya sebagai jentera yang amat selemat dalam melindungi pemandu dan penumpangnya jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.  Pujian kepada pihak Proton kerana amat menitik beratkan soal keselamatan dan nyawa pengguna penggunanya. Diharap pihak Proton terus istiqamah dalam mengeluarkan produk produk yang mampu memenuhi spesifikasi keselamatan terkini selari dengan peredaran zaman dengan harga yang mampu dimiliki buat rakyat Malaysia khususnya. Tahniah!!!


Lagi Teaser Perdana 2016 Warna Merah





Proton Perdana Mula Dilancarkan Pada Tahun 1995, Ketika Itu Proton Menjalankan Kerjasama Dengan Mitsubishi Motors. Model Perdana Pada Ketika Itu Adalah Berdasarkan Model Mitsubishi Eterna.

Pada Tahun 1998, Perdana V6 Pula Dilancarkan, Dengan Beberapa Penambahbaikkan Terutamanya Pada Keupayan Enjin, 24-Valve Mitsubishi 6A12 2.0L V6 Engine Yang Lebih Berkuasa Daripada Enjin Model Keluaran Sebelumnya.

Dan Sehinggalah Pada Tahun 2013, Proton Mengumumkan Aka Mengeluarkan Model Replacement Untuk Perdana. Ianya Adalah Model Re-Badge Daripada Model Honda Accord 2011. Namum Keluaran Untuk Model Ini Adalah Terhad Dan Hanya Digunakan Untuk Jabatan Kerajaan Sahaja.

Proton Perdana baru, akan ditampilkan dengan dua variasi iaitu enjin Honda 2.0L - R20A iVTEC (154 hp/189 Nm) dan 2.4 Liter - K24Z iVTEC (177 hp/222Nm) dipadankan dengan transmisi automatik 5-speed.

Mungkin akan berikan komen negatif berkenaan penggunaan enjin Honda, namum siri penambahbaikkan kepada Perdana baru dijangka akan dibuat pada hujung tahun nanti. Apabila enjin baru yang diambil daripada model enjin Petronas E01 iaitu NE01 2.0 liter 4-stroke. Enjin baru ini dikatakan direka dengan pancitan bahan api secara terus (GDi) dan pancitan bahan api secara terus dengan pengecas turbo (TGDi).

Perdana 2016 ini berukuran panjang 5,020 mm, lebarnya 1,845 m dengan ketinggian 1,475 mm. Tangki Perdana baru ini pula hadir dengan kapasiti 70 liter.

Untuk spesifikasi Perdana 2.4L Premium, akan di lengkapkan dnegan lampu utama projektor xenon, manakala untuk model 2.0L dengan projektor halogen, turut dimuatkan adalah lampu nyalaan siang LED.


Thursday, 19 May 2016

Jika Dulu Proton Iriz Active, Kini Suprima S Juga Active













Dinamakan Proton IRIZ Active Concept, model konsep bercirikan crossover dengan kedudukan pemanduan yang lebih tinggi itu.
Sejujurnya, Proton IRIZ Active Concept ini sangat menarik dan ranggi. Model ini jika dipadankan enjin 1.3 liter turbo pasti akan mendapat sambutan hangat dari pasaran. Menurut laporan, Proton sememangnya bercadang untuk memproduksikannya.
Diharapkan Proton IRIZ Active Concept tidak hanya kekal sebagai sebuah model konsep sahaja. Proton mempunyai bakat dan keupayaan untuk terus maju ke hadapan bersama-sama IRIZ, jadi jangan sia-siakan setiap peluang yang ada.

Tetapi apa yang lebih menarik adalah berkenaan gambar abang kepada model Proton Iriz ini, Suprima S yang juga mempunyai versi ACTIVE nya sendiri. Apa pendapat anda. Gambar yang kami perolehi dari Facebook ini menunjukan dua buah model ini ditempatkan ditempat yang sama. Kelihatan juga pekerja yang seperti sedang melakukan kerja kerja menghias di dalam bangunan di belakang model tersebut. Adakah ini sebagai persediaan pelancaran model flagship Proton yang baharu iaitu Perdana? Adakah ini tanda bahawa tarikh pelancaran semakin dekat?


Tuesday, 17 May 2016

Tuhan Lebih Mengetahui



Allah knows what’s best for us
So why should we complain
We always want the sunshine
But He knows there must be rain

We always want the laughter
And the merriment of cheer
But our hearts will lose their tenderness
If we never shed a tear.

Allah tests us often
With suffering and with sorrow
He tests us not to punish us
But to help us meet tomorrow

For growing trees are strengthened
If they withstand the storm
And the sharp cut of the chisel
Gave the marble grace and form

Allah tests us often
And for every pain He gives to us
Provided we’re patient
Is followed by rich again

So whenever we feel that everything is going wrong
It is just Allah’s way
To make our spirit’s strong.




Monday, 16 May 2016

Proton Persona R Warna Merah




 



Model sedan yang sedang dibangunkan ialah model gantian Saga (Saga R), Persona (Persona R) dan Perdana – Fasa 2. Saga (Saga R) menggunakan platformSaga dan Persona (Persona R) dibangunkan menggunakan platform Iriz sebagai asas, tetapi berada dalam segmen yang berbeza. Saga R bakal diposisikan dalam segmen A+ (sedan kompak), manakala Persona R dalam segmen B yang bakal bersaing dengan Toyota Vios, Honda City dan Volkswagen Polo Sedan. Maklumat terperinci mengenai spesifikasi dan rekabentuk setakat ini masih lagi dirahsiakan. Namun saya menjangkakan, Saga R akan menggunakan enjin 1.3l VVT dan Persona R pula menggunakan enjin 1.6l VVT yang digunakan pada model Iriz.

Proton juga telah memulakan program pembangunan enjin generasi baharu menggunakan teknologi suntikan terus bahan api GDI dan TGDI (Turbo) berkapasiti 1.3l dan 1.5l. Enjin ini tiada lagi kaitan dengan keluarga enjin Campro dan merupakan enjin baharu sepenuhnya. Teknologi suntikan terus bahan api telah dibangunkan oleh Ricardo dan enjin baharu ini masih menggunakan blok enjin “cast iron” tetapi ketebalannya dikurangkan untuk memastikan ia lebih ringan. Kemungkinan enjin ini bakal menggunakan “timing chain” namun ia bergantung pada kos dan sebagainya. Proton juga bakal beralih kepada transmisi CVT dari JATCO untuk projek enjin GDI dan TGDI (Turbo) ini. Jangkaan untuk enjin GDI memasuki fasa pengeluaran adalah pada 2017 dan enjin TGDI pula pada 2018. 

Maklumat diatas adalah dari petikan lama dari laman web automotif funtasticko.net dan telah diubahsuai oleh saya.