Jika sebelum ini kita masih tertanya-tanya bilakah tarikh sebenar Proton Perdana 2016 akan dilancarkan. Berita berita dan spyshot-spyshot model D-Segmen Proton ini sudah lama bertebaran di laman-laman sosial dan tidak kurang juga di dalam laman laman web automotif terkemuka di Malaysia.
Namun kalendar sudahpun melabuhkan tirai bulan Aprilnya dan mula memasuki bulan Mei tahun 2016. Akan tetapi model tersebut masih belum dilancarkan secara rasmi oleh pihak Proton. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, mengapa model ini begitu mendapat perhatian rakyat Malaysia? Adakah model ini mampu untuk dimiliki semua orang? Adakah ianya begitu istimewa hingga begitu banyak yang memperkatakan tentangnya?
Kami tidak mempunyai jawapan yang sebenar. Namun apa yang dapat kami simpulkan mengenai mengapa model ini amat mendapat perhatian adalah disebabkan oleh model Perdana adalah antara model yang masih belum diperbaharui ataupun diganti sejak kemunculannya iaitu sekitar era 1994 hinggalah 2009. Ini bermakna model tersebut sudahpun 7 tahun dibiarkan kosong tanpa ada pengganti sejak produksi terakhirnya. Proton membiarkan begitu lama model D-Segmen mereka kosong tanpa ada pengganti.
Sudah tentu Proton telahpun kehilangan hampir kesemua "market share" di dalam pasaran segmen mewah sejak 7 tahun yang lalu. Sedar akan situasi tersebut, Proton telahpun mengambil langkah yang bijak dengan mengambil keputusan untuk mula melakukan kerja-kerja mereka cipta jentera Perdana generasi baharu, yang mana ianta pasti akan menggugat pasaran model-model D-Segment jenama lain seperti Nissan Teana, Toyota Camry, Honda Accord dan juga VW Passat.
Tidak mengejutkan juga jika peminat C Segment seperti Toyota Altis, Honda Civic, Kia Cerato mahupun Nissan Slphy akan mula beralih arah kepada model Perdana ini jika harganya hampir sama ataupun lebih murah berbanding jenama-jenama import tersebut.
Melalui Facebook Kelab Perdana 3rd Gen, disini kami tampilkan beberapa maklumat penting berkenaan model baharu Proton ini yang mana beberapa orang ahlinya mengakui telahpun mencuba ataupun "test drive" model tersebut dan juga mereka mengetahui beberapa maklumat penting mengenai model tersebut. Disini saya tampilkan screenshot yang diambil di dalam laman kelab tersebut :
Antara kesimpulan yang dapat disimpulkan dari screenshot-screenshot tersebut :
1) Dalam dan luaran model tersebut amat berlainan dan jauh berbeza dari model Honda Accord generasi
ke-8.
2) Harga model Perdana adalah mungkin lebih murah RM20k hingga RM30k dari model Honda Accord
generasi ke-8. Namun masih tiada harga rasmi yang dikeluarkan pihak Proton.
3) Pemanduannya pula adalah 100% sama dengan pendermanya model Honda Accord.
4) Tarikh dilancarkan adalah pada 28/5/2016. Namun kami tidak pasti adakah maklumat ini sahih.
5) Proton Perdana ini masih belum ada "Handling by Proton" yang sinonim dengan model model Proton
generasi sekarang seperti Suprima, Preve dan Iriz diamana ianya menawarkan pemanduan yang mantap
dan solid.
6) Jika mahu Perdana yang mempunyai handling yang ditala Proton, mungkin perlu tunggu sehingga bulan 11
tahun 2017 dimana model ini akan menggunakan enjin Petronas 2.0 Turbo sebelum digantikan dengan
enjin TGDI pada tahun 2018.
Namun segala maklumat ini kami tidak jamin adalah benar dan berasas. Sekian....
No comments:
Post a Comment