Video yang kami jumpai dari salah satu forum terkemuka di Malaysia ini menunjukkan video sebuah motor cuba untuk mengejar kenderaan model Proton Suprima S. Di hujung video berkenaan menunjukkan kedua dua buah motor dan kereta ini sudah pun mencecah kelajuan 213km/j.
Proton Suprima S adalah sebuah model Proton yang mempunyai rupa yang hampir sama dengan model Proton Preve. Namun ianya mempunyai bahagian belakang yang lebih pendek dan boleh dikategorikan sebagai model hatchback.
Proton Suprima dilancarkan pada tahun 2013 dengan menawarkan empat variasi iaitu Super Premium, Premium, Executive dan Standard. Sejak kebelakangan ini, model tersebut dapat dilihat mula banyak menjalar di sekitar jalan raya di Malaysia berbanding sebelum ini di mana ianya boleh dianggap sebagai sebuah model yang "rare" ataupun yang amat jarang untuk dilihat.
Sejak kemunculannya, berbagai kritikan yang baik mahupun yang buruk dapat didengar berkenaan model ini. Ada yang menganggap model ini sebagai sebuah model "syok sendiri" kerana umum mengetahui bahawa rakyat Malaysia bukanlah mereka yang menggemari model model yang pendek.Tidak kurang juga yang memuji diantaranya berkenaan kekurangan-kekurangan yang dimiliki abangnya Proton Preve sebelum ini telahpun dikemaskini di dalam model tersebut. Begitu juga mereka yang memuji tahap keselamatan kenderaan ini yang berada di tahap yang terbaik bagi melindungi pemandu dan penggunanya.
No comments:
Post a Comment