Monday, 16 May 2016

Proton Persona R Warna Merah




 



Model sedan yang sedang dibangunkan ialah model gantian Saga (Saga R), Persona (Persona R) dan Perdana – Fasa 2. Saga (Saga R) menggunakan platformSaga dan Persona (Persona R) dibangunkan menggunakan platform Iriz sebagai asas, tetapi berada dalam segmen yang berbeza. Saga R bakal diposisikan dalam segmen A+ (sedan kompak), manakala Persona R dalam segmen B yang bakal bersaing dengan Toyota Vios, Honda City dan Volkswagen Polo Sedan. Maklumat terperinci mengenai spesifikasi dan rekabentuk setakat ini masih lagi dirahsiakan. Namun saya menjangkakan, Saga R akan menggunakan enjin 1.3l VVT dan Persona R pula menggunakan enjin 1.6l VVT yang digunakan pada model Iriz.

Proton juga telah memulakan program pembangunan enjin generasi baharu menggunakan teknologi suntikan terus bahan api GDI dan TGDI (Turbo) berkapasiti 1.3l dan 1.5l. Enjin ini tiada lagi kaitan dengan keluarga enjin Campro dan merupakan enjin baharu sepenuhnya. Teknologi suntikan terus bahan api telah dibangunkan oleh Ricardo dan enjin baharu ini masih menggunakan blok enjin “cast iron” tetapi ketebalannya dikurangkan untuk memastikan ia lebih ringan. Kemungkinan enjin ini bakal menggunakan “timing chain” namun ia bergantung pada kos dan sebagainya. Proton juga bakal beralih kepada transmisi CVT dari JATCO untuk projek enjin GDI dan TGDI (Turbo) ini. Jangkaan untuk enjin GDI memasuki fasa pengeluaran adalah pada 2017 dan enjin TGDI pula pada 2018. 

Maklumat diatas adalah dari petikan lama dari laman web automotif funtasticko.net dan telah diubahsuai oleh saya.

No comments:

Post a Comment