Friday, 20 May 2016

Lagi Teaser Perdana 2016 Warna Merah





Proton Perdana Mula Dilancarkan Pada Tahun 1995, Ketika Itu Proton Menjalankan Kerjasama Dengan Mitsubishi Motors. Model Perdana Pada Ketika Itu Adalah Berdasarkan Model Mitsubishi Eterna.

Pada Tahun 1998, Perdana V6 Pula Dilancarkan, Dengan Beberapa Penambahbaikkan Terutamanya Pada Keupayan Enjin, 24-Valve Mitsubishi 6A12 2.0L V6 Engine Yang Lebih Berkuasa Daripada Enjin Model Keluaran Sebelumnya.

Dan Sehinggalah Pada Tahun 2013, Proton Mengumumkan Aka Mengeluarkan Model Replacement Untuk Perdana. Ianya Adalah Model Re-Badge Daripada Model Honda Accord 2011. Namum Keluaran Untuk Model Ini Adalah Terhad Dan Hanya Digunakan Untuk Jabatan Kerajaan Sahaja.

Proton Perdana baru, akan ditampilkan dengan dua variasi iaitu enjin Honda 2.0L - R20A iVTEC (154 hp/189 Nm) dan 2.4 Liter - K24Z iVTEC (177 hp/222Nm) dipadankan dengan transmisi automatik 5-speed.

Mungkin akan berikan komen negatif berkenaan penggunaan enjin Honda, namum siri penambahbaikkan kepada Perdana baru dijangka akan dibuat pada hujung tahun nanti. Apabila enjin baru yang diambil daripada model enjin Petronas E01 iaitu NE01 2.0 liter 4-stroke. Enjin baru ini dikatakan direka dengan pancitan bahan api secara terus (GDi) dan pancitan bahan api secara terus dengan pengecas turbo (TGDi).

Perdana 2016 ini berukuran panjang 5,020 mm, lebarnya 1,845 m dengan ketinggian 1,475 mm. Tangki Perdana baru ini pula hadir dengan kapasiti 70 liter.

Untuk spesifikasi Perdana 2.4L Premium, akan di lengkapkan dnegan lampu utama projektor xenon, manakala untuk model 2.0L dengan projektor halogen, turut dimuatkan adalah lampu nyalaan siang LED.


No comments:

Post a Comment