Tuesday 19 April 2016

Langkawi Tersenarai Jambatan Paling Awesome


1. Jambatan Millau Viaduct


Juga dikenali sebagai Millau Bridge, jambatan itu bukan hanya cantik dan indah di mata, tetapi juga adalah jambatan yang tertinggi di dunia, mencapai ketinggian 343 meter di bahagian atas tiang-tiangnya. Jalan pada jambatan itu sendiri berada pada ketinggian 270 meter, lebih sedikit daripada ketinggian skybridge dekat KLCC tu. Pergh!






2. Jambatan Golden Gate


Kalau biasa tengok filem Hollywood, mesti korang dah biasa tengok jambatan ni. Menghubungkan San Francisco dan California, jambatan ini hanya disokong oleh sambungan kable sahaja. Takda tiang. Ye, takda tiang. Menakjubkan, terdapat 27,572 kable digunakan bagi membina jambatan ini.




3. Jambatan Sydney Harbour


Mempunyai rekabentuk dan senibina yang menarik, jambatan ini mempunyai 8 laluan kereta, 2 laluan kereta api, dan satu laluan pejalan kaki. Disebabkan jambatan Sydney Harbour mempunyai kelebaran yang sangat besar, iaitu 49 meter lebar, menjadikan jambatan ini direkodkan sebagai jambatan terlebar di dunia.





4. Jambatan Helix


Mempunyai jambatan dengan seni bina menarik, jambatan ini tersenarai sebagai jambatan paling cantik didunia. Strukturnya yang dibina daripada rod besi, disusun membentuk bentuk “spiral”, merupakan jambatan pejalan kaki yang dibina merentasi sungai. Pada waktu malam, limpahan lampu berwarna warni menjadikan jambatan spiral ini kelihatan sangat menakjubkan.






5. Jambatan Infiniti



Jambatan ini merupakan salah satu yang paling mengagumkan  kerana ia menyerupai simbol infiniti (simbol ∞ ) apabila dilihat pada permukaan air di bawah jambatan. Tetapi bukan itu sahaja, perkara yang benar-benar menarik tentang jambatan ini ialah pada waktu malam nya dimana satu siri lampu menerangi dua belah laluan pejalan kaki, saling bertukar warna apabila ada orang yang berjalan disitu.





6. Tower Bridge, London


Menjadi mercu tanda kota London, jambatan ini mempamerkan reka bentuk istana lama. Jambatan ini menjadi salah satu sistem pengangkutan terpenting di London, yang mana menghubungkan dua bahagian sungai Thames. Port wajib ambil gambar bila sampai London!





7. Jambatan Khaju


Jambatan ini dibina hasil daripada 23 pintu gerbang batu yang membentuk salah satu daripada jambatan yang paling indah di dunia. Terletak di Isfahan, Iran, pembinaan jambatan ini bukan sahaja menghubungkan kedua-dua belah Sungai Zayandeh, ia juga berfungsi sebagai empangan yang mengawal selia aliran sungai.






8. Langkawi Sky Bridge


Jambatan ini digantung oleh 8 kabel yang dipegang oleh 81.5cm tiang tunggal, dan tergantung pada ketinggian kira-kira 100 meter di atas tanah. Pelancong perlu menaiki kereta kabel sebelum tiba ke atas puncak yang menghubungkan jambatan ini dengan stesyen atas kereta kabel. Dari aras ini, kita boleh tengok pemandangan indah Langkawi.





No comments:

Post a Comment