Lorong kecemasan di lebuhraya adalah untuk kegunaan kecemasan sahaja tapi peraturan ni seolah-olah dah tak wujud sekarang, terutamanya waktu rush hour. Ada pemandu yang tak reti nak sabar ni masuk ke lorong kecemasan.
Penunggang motosikal ada advantage sebab kalau lalu lorong kecemasan pun tak menghalang apa-apa kenderaan untuk berhenti di situ sekiranya berada dalam kecemasan atau kenderaan kecemasan yang ingin melalui lorong tersebut.
Basically penunggang motosikal sacrifice keselesaan yang boleh didapati dalam kereta untuk sampai lebih cepat ke destinasi. Tak payah menuggu dalam traffic jam, tak membazir minyak, kos rendah dan sebagainya. Ada pros and cons.
Yang buat bahaya adalah apabila pemandu yang tak bertimbang rasa masuk secara tiba-tiba ke lorong kecemasan. Kena sentiasa berhati-hati sebab kadang-kadang ada je yang tiba-tiba tukar lorong tanpa melihat kenderaan di belakang.
Takde polis trafik atau pegawai JPJ masa rush hour. Sepatutnya ada kawalan terutamanya pada waktu sibuk sebegini. Tak tau ke mana mereka pergi.
Ada pemandu kereta yang marah. Dah la stress dengan traffic jam, lepas tu kena halau dari emergency lane pulak. Mana hati tak panas.
Lepas ni tak nak lagi lalu NKVE masa nak balik. Banyak orang stress, kesabaran pun kurang, jadi agak merbahaya. Ikut jalan Sungai Buloh la macam ni.
No comments:
Post a Comment