Sunday 22 May 2016

Harga Vacuum Ini Boleh Beli 85 Buah Perodua Axia




Penyedut habuk dan sampah-sampah kecil dirumah pun ada yang mencecah jutaan Ringgit. Itu kedengaran sesuatu yang "gila" bukan?

Ini bukanlah kisah dogeng kerana terdapat seratus unit vakum yang bersalut emas 24 karat telah dihasilkan oleh syarikat pengeluar vakum dari Amerika Syarikat, GoVacuum.


Pembersih vakum termahal di dunia yang berharga RM3.15 juta (1 juta US Dollar) ini dihasilkan eksklusif khusus untuk orang kaya di seluruh dunia. Setiap unit didatangkan dengan nombor siri dan sijil pengesahan keaslian. Jangan main-main.

Menurut laman web GoVacuum, mereka menyatakan bahawa pembersih vakum ini direka untuk beberapa individu terpilih berkemampuan dan bahawa status dan nilai eksklusif memiliki pembersih vakum seperti ini tidak boleh diukur dengan wang ringgit. 


Harga satu pembersih habuk ini bersamaan nilai lebih kurang 85 buah Perodua Axia 1.0L Advance


Fikir-fikir balik apalah guna beli vakum hingga jutaan Ringgit tapi buat sedut sampah je. Tapi itulah "mainan" orang-orang kaya, duit dah tak tahu nak labur ke mana lagi kan.

No comments:

Post a Comment