Saturday, 18 June 2016

Penghadang Kayu Bergerak Sendiri Di Masjid


JASIN – Jemaah Masjid Jamek Tedong di sini gempar dengan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan kejadian aneh melibatkan dua penghadang kayu dalam masjid bergerak sendiri.

Rakaman berdurasi 1 minit 48 saat itu mula tersebar kelmarin dan menjadi viral selepas ia dimuat naik oleh Pengerusi Masjid Jamek Tedon, Datuk Akhbar Ali di laman Facebook miliknya.

Menerusi klip video tersebut, dua penghadang kayu masjid anggaran ketinggian 1.5 meter dengan kelebaran dua meter dilihat bergerak sendiri beberapa kali bermula dari belakang pintu solat wanita hingga ke bahagian tepi masjid.

Penghadang kayu yang terletak di sebelah kiri lebih banyak bergerak berbanding yang terletak di kanan. Pergerakan kedua-dua penghadang kayu yang beroda berlaku secara berasingan dan bergerak beberapa kali sebelum berhenti.

Menurut siak masjid, Zakaria Lani, kejadian itu dirakam pada pukul 2.30 pagi, 25 Mei lalu namun pihak pengurusan masjid hanya menyedari dua minggu kemudian iaitu selepas jemaah masjid secara kebetulan memainkan rakaman CCTV tersebut.

Thursday, 9 June 2016

Beza Harga Proton Perdana Baharu Dengan Nissan Dan Honda


Kelihatannya pada minggu puasa ini begitu meriah laman laman sosial menyiarkan gambar gambar Proton Perdana yang baharu tanpa sebarang balutan di badannya. Adakah ini bermakna model ini akan dilancarkan dalam masa terdekat. Penulis berharap agar minggu inilah Proton lancarkan. Bukan apa, kalau lama sangat nanti orang ramai semakin bosan dan hilang rasa minat akibat "frust" menunggu. 

Macam orang bercinta. Kalau lama sangat minat dan cintakkan seseorang tapi cinta tu tak dibalas, akhirnya orang tu akan move on dan cari yang lain kan? Hehe. 
Gambar yang seakan akan brochure yang kami temui ini membandingkan harga Proton Perdana baharu dengan model model saingannya iaitu Nissan Teana dan Honda Accord generasi baharu. Haa macamana? Mana korang nak pilih?

Tapi apa apapun, enjin i-VTEC yang tertera di bonet hadapan Proton Perdana ini memang mengiurkan. Kalau dulu Proton pernah pakai enjin Renault dan Mitsubishi. Dan kali ini pakai enjin Honda pula. Apa apa pun penulis tetap akan tunggu Proton pakai enjin baharu TGDi mereka. Peace..

Tuesday, 7 June 2016

Lagi Gambar Proton Perdana Dengan Engine i-VTEC





Kelihatannya pada minggu puasa ini begitu meriah laman laman sosial menyiarkan gambar gambar Proton Perdana yang baharu tanpa sebarang balutan di badannya. Adakah ini bermakna model ini akan dilancarkan dalam masa terdekat. Penulis berharap agar minggu inilah Proton lancarkan. Bukan apa, kalau lama sangat nanti orang ramai semakin bosan dan hilang rasa minat akibat "frust" menunggu. Macam orang bercinta. Kalau lama sangat minat dan cintakkan seseorang tapi cinta tu tak dibalas, akhirnya orang tu akan move on dan cari yang lain kan? Hehe. Tapi apa apapun, enjin i-VTEC yang tertera di bonet hadapan Proton Perdana ini memang mengiurkan. Kalau dulu Proton pernah pakai enjin Renault dan Mitsubishi. Dan kali ini pakai enjin Honda pula. Apa apa pun penulis tetap akan tunggu Proton pakai enjin baharu TGDi mereka. Peace..

Monday, 6 June 2016

Proton Perdana Arriving At Dealership, Will Launch Real Soon?










Nampak gayanya Proton akan melancarkan model Perdana 2016 dalam masa yang terdekat setelah lama tertangguh. Mungkin nak ambil keberkatan bulan Ramadan agaknya. Kelibat sebuah Proton Perdana yang sedang berhenti di tepi jalan telah berjaya dirakam. Amacam? Cantikkan? Kalau RM90k ini, confim laku bak goreng pisau panas...
Kami sedang cuba merisik bilakah tarikh pelancaran rasmi Perdana 2016 yang dikhabarkan bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri. Kami akan membawakan informasi terkini dari semasa ke semasa. Takde ke yang sudi kongsi gambar yang tak berbungkus luar dan dalam?

Saturday, 4 June 2016

10 Jenis Perisa Pelik Coklat Kit Kat Yang Kita Tak Tahu


Coklat KitKat sudah semestinya menjadi kegemaran ramai. Mana-mana kedai runcit atau serbaneka, pasti ada menjual jenama coklat ini. Kitkat yang berbentuk 2 atau 4 bar coklat ini dicipta khas oleh Rowntree Of York, England kini dihasilkan di peringkat global oleh Nestle. 

Disebabkan coklat ini terlalu laris dan popular di kebanyakan Negara, Nestle telah mengeluarkan sejumlah modal yang begitu banyak untuk menghasilkan berpuluh-puluh perisa Kitkat yang unik dan menarik. Kitkat yang terkenal dengan tagline "Have a break, Have a Kitkat" ini sebenarnya mempunyai banyak jenis perisa yang pelik dan mungkin anda semua tidak pernah tahu ia sebenarnya wujud. Agak-agaknya ada tak yang berminat nak cuba merasanya? 


1) Kitkat Perisa Ayam

2) Kitkat Perisa Tembikai
3) Kitkat Perisa Keju

4) Kitkat Perisa Sayur Labu

5) Kitkat Perisa Plum Soda

6) Kitkat Perisa Kentang

7) Kitkat Perisa Soy Sauce

8) Kitkat Perisa French Salt

9) Kitkat Perisa Hot Japannese Chilli


10) Kitkat Perisa Wassabi

Ikut Laluan Kecemasan, Side Mirror Kene Patah



Lorong kecemasan di lebuhraya adalah untuk kegunaan kecemasan sahaja tapi peraturan ni seolah-olah dah tak wujud sekarang, terutamanya waktu rush hour. Ada pemandu yang tak reti nak sabar ni masuk ke lorong kecemasan.
Penunggang motosikal ada advantage sebab kalau lalu lorong kecemasan pun tak menghalang apa-apa kenderaan untuk berhenti di situ sekiranya berada dalam kecemasan atau kenderaan kecemasan yang ingin melalui lorong tersebut.
Basically penunggang motosikal sacrifice keselesaan yang boleh didapati dalam kereta untuk sampai lebih cepat ke destinasi. Tak payah menuggu dalam traffic jam, tak membazir minyak, kos rendah dan sebagainya. Ada pros and cons.
Yang buat bahaya adalah apabila pemandu yang tak bertimbang rasa masuk secara tiba-tiba ke lorong kecemasan. Kena sentiasa berhati-hati sebab kadang-kadang ada je yang tiba-tiba tukar lorong tanpa melihat kenderaan di belakang.
Takde polis trafik atau pegawai JPJ masa rush hour. Sepatutnya ada kawalan terutamanya pada waktu sibuk sebegini. Tak tau ke mana mereka pergi.
Ada pemandu kereta yang marah. Dah la stress dengan traffic jam, lepas tu kena halau dari emergency lane pulak. Mana hati tak panas.
Lepas ni tak nak lagi lalu NKVE masa nak balik. Banyak orang stress, kesabaran pun kurang, jadi agak merbahaya. Ikut jalan Sungai Buloh la macam ni.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi : Murid murid sekarang memang kreatif

Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Di harapkan langkah mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam PdP akan dapat menaikkan prestasi negara khususnya dalam persaingan peringkat antarabangsa terutama dalam pentaksiran Programme for International Student Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study(TIMSS) yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2015.

Memang tak dapat dinafikan, pemikiran murid murid zaman sekarang memang kreatif. Buktinya? Tengok gambar gambar dibawah. Ahahhaha. Boleh sakit jiwa kalau hari hari cikgu tanda kertas soalan macam nie. Namun apa apa pun, KBAT ini sememangnya tidak dinafikan amat mendatangkan kesan yang positif kepada anak anak murid di sekolah. Apa apa pun, Chill.. Jangan stress stress ye cikgu cikgu semua. Hihihi












Tuesday, 31 May 2016

Hentikan Tabiat Memanaskan Enjin Di Awal Pagi




Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.

Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Makan masa dalam 15 minit juga. Golongan kaki panaskan enjin seperti itumesti bangun awal. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia?
Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin anda di dalam keadaan idling adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stylel Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus. Jadi berikut antara bahaya atau keburukkan dalam amalan yang tidak betul ini.

DINDING SILINDER CEPAT HAUS

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

PALAM PENCUCUH MENJADI KOTOR

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

PAIP EKZOS CEPAT BERKARAT

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

FUNGSI ENJIN GAGAL BERFUNGSI DENGAN BAIK

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun dah mula guna pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah menukarkan karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, anda perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan idling maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Anda rasa apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

MEMBAZIR DAN MENCEMARKAN


Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin.

Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang anda perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang anda perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan idling?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab mereka tahu jika enjin cepat rosak nanti mesti pelanggan mengadu. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus pandu cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini tidak, siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan isteri tapi enjin kereta terbiar hidup.

Seperkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan anda tidak bergerak. Kalau tunggu kekasih turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan idling ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.

Friday, 27 May 2016

Harimau Akar : Dimana silap kita?


Sungai Petani, 27 Mei 2016 :

Baru-baru ini, seorang pengguna laman sosial Facebook telah pun berkongsi beberapa keping gambar mengenai harimau akar ataupun harimau dahan yang beliau temui terbongkang di tepi jalan. Dipercayai lokasi kejadian tersebut berlaku adalah di Sungai Petani Kedah. 

Persoalannya, dimanakah silap kita? Mengapa harimau akar ini boleh berada di kawasan yang didiami manusia? Adakah kerana habitat asal mereka telah diggangu hingga memaksa mereka untuk keluar dari tempat asal mereka? Adakah sumber makanan mereka telahpun berkurang akibat kesan kesan tangan manusia itu sendiri? Diharap pihak berwajib dapat melakukan sesuatu untuk memulihara habitat harimau akar ini yang boleh dianggap sebagai khazanah negara yang amat berharga. Ini kerana jumlah habitatnya yang kian menurun dan jika tidak ada tindakan yang diambil, mungkin spesis haiwan ini hanya akan dapat dilihat di buku buku teks persekolahan oleh anak cucu kita nanti.






Wednesday, 25 May 2016

AMRAN FANS : Terlajak Perahu Boleh Undur, Terlajak Status?




Kuala Lumpur: "Jenaka terhadap kes rogol apatah lagi membabitkan pembunuhan adalah sesuatu yang tidak berakal dan tidak sepatutnya berlaku.

"Ini menunjukkan mereka tidak peduli dengan nasib ramai mangsa yang menderita sebab dirogol malah menjadikannya sebagai bahan jenaka. Paling mengejutkan, ramai pula yang menyokong jenaka berkenaan."

Itu luahan seorang wanita berusia 25 tahun, Azleen Sharuddin yang juga seorang pengedar buku mengenai status akaun Facebook (FB) dengan nama Amran Fans yang seolah-olah mempersendakan kematian Enno Parihah, 19, yang diperkosa sebelum dibunuh kejam.

Kisah kematian gadis warga Indonesia itu viral di laman sosial apabila dia dipercayai mati selepas dipukul dengan cangkul sebelum batang cangkul itu dirodok ke dalam kemaluannya.

"Jadi saya sebagai seorang daripada ejen jualan dua buku Amran Fans berjudul Amran Fans dan #‎TheAmranFans membuat keputusan untuk memberhentikan jualan buku-buku itu.

"Saya melakukan protes dalam bentuk ekonomi supaya mereka sedar sesiapa saja rakyat Malaysia yang waras dan merasakan jenaka berkenaan melampau boleh buat sekatan," katanya ketika dihubungi.

Azleen antara wanita yang kecewa apabila akaun FB itu sebelum ini memuat naik perbualan di telefon bimbit mengenai seorang lelaki menghantar gambar cangkul apabila seorang wanita enggan melayan sapaannya.

"Pada saya ini tidak kelakar. Adakah apa yang berlaku terhadap Enno itu akan berlaku juga kepada wanita yang enggan melayan sapaan lelaki apabila menerima gambar cangkul?" soalnya yang juga bekerja sebagai kerana di syarikat milik keluarga di Teluk Intan, Perak.

Sementara itu, pemilik Kedai Buku Mak Ali di Kajang, Mohamad Ali Rafiq Ibrahim, 23, turut terkesan dengan jenaka 'tidak kena tempat' itu dengan menurunkan dua buku berkenaan daripada rak .

"Saya terkesan dengan lawak Amran Fans yang merendah-rendahkan perempuan. Kita sokong usaha boikot buku ini kerana industri ini kecil dan kita saling menyokong.

"Bila Azleen buat macam itu, kami rasa patut buat juga sebab tidak mahu orang memperkatakan saya menyokong Amran Fans.

"Secara peribadi saya rasa jenaka berkenaan sangat melampau kerana sepatutnya apabila kita bercakap mengenai isu jenayah rogol, respon adalah sangat marah, tak patut pun wujud jenaka macam itu sebab ia sangat serius, tak patut dibuat main-main," katanya.

Ali Rafiq yang juga pelajar tahun akhir Sarjana Muda Komunikasi Massa dalam bidang penerbitan turut menerima sokongan ramai pihak apabila menghentikan penjualan buku berkenaan.

"Semuanya sangat positif dan sokong kami. Orang cakap kami buat perkara yang betul, bagus, 'good job'. Buku itu pun tidak menjejaskan operasi kedai saya sebab banyak lagi buku lain.

"Kalau rugi sekalipun tidak mengapa sebab saya buat benda yang baik dan bukannya sokong benda yang tidak betul," katanya.

Menurutnya, tindakan dibuat adalah atas rasa tanggungjawab ini perlu supaya kewujudan pengedar dan kedai buku kecil sepertinya disedari dalam industri penerbitan buku yang juga memainkan peranan penting dalam masyarakat.

Pengendali laman berkenaan dipercayai sudah membuat permohonan maaf menerusi akaun FB dengan nama Kassim Nasution, yang mengakui status berkaitan cangkul itu satu kesilapan.

"Korang semua orang-orang lama, so (jadi) aku yang baru ini dengan rendah diri angkat kaki. Lepas ini Amran Fans tak akan terlibat lagi dengan sebarang bentuk kerjasama dengan Dubook (penerbit buku)," katanya.

Akaun FB Amran Fans yang mempunyai lebih 900,000 pengikut juga sudah ditutup pihak Facebook selepas menerima aduan daripada pelayar laman sosial berkenaan.


Sumber : harian metro

Tuesday, 24 May 2016

Pemandu Jerman vs Pemandu Malaysia

Seorang pengguna laman sosial facebook telahpun berkongsi gambar mengenai sikap pemandu pemandu di Jerman seandainya berlaku sebarang kemalangan di lebuh raya mereka hingga menimbulkan kesesakan. Berbeza sekali di Malaysia, apabila berlaku kesesakan jalan raya disebabkan kemalangan, ada di antara pemandu yang tidak berhemah mula mengambil jalan mudah dengan memandu di lorong kecemasan. Tetapi kami tidak pasti adakah gambar mengenai sikap pemandu Jerman apabila berlaku kemalangan itu adalah benar. Jika benar, hanya satu sahaja perkataan yang mampu penulis ungkapkan. Wow!!!

Betul betul sikap yang melambangkan pemikiran rakyat negara kelas pertama.



You Might Think This Is Really Some Serious Accident


Anda pasti akan terkejut dan cemas apabila melihat sekitar 5-6 orang mangsa kemalangan sedang berada dalam keadaan yang mengerikan bukan? Bahkan anda mungkin juga akan bergegas untuk keluar dari kenderaan anda untuk memberikan bantuan. Tapi nanti dulu, gambar gambar mangsa kemalangan di bawah adalah lakonan ataupun latihan kemalangan sahaja. Menurut pengguna Facebook yang menggunakan nama samaran Semut Gergasi, beliau nyaris nyaris tertipu dengan menyangka bahawa kemalangan ini adalah kemalangan yang benar benar berlaku. Dikata kejadian ini berlaku di lokasi Felda Jaya Serting. Apa apa pun, tabik dengan aksi lakonan mereka. Nampak real kan? Apatah lagi dengan keadaan kereta yang remuk teruk dan hampir hancur itu. Manalah agaknya mereka dapat kereta kereta tu. Hahaha..








Terkini Perlis Dilanda Ribut, Semua Mohon Berhati-Hati


PERLIS, 24 MEI: Beberapa kawasan di Perlis hari ini dilanda ribut kuat sehingga menyebabkan beberapa kawasan terjejas.
Kejadian itu turut dimuat naik orang ramai di media sosial menunjukkan gambar pokok tumbang, bumbung terbang dan jeti dinaiki air.
Jurucakap Jabatan Pertahanan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Perlis berkata, hujan lebat dan angin kencang itu berlaku kira-kira sejam bermula jam 1 hingga 2 petang hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis berkata, setakat 2.45 petang tadi sekurang-kurangnya 40 laporan diterima bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)berkaitan pokok tumbang dan kerosakan harta benda.
Menurutnya, antara yang terjejas termasuklah di kawasan Santan, Jejawi, Behor Mali, Arau, Kampung Bakong, Kok Kelang, Ulu Pauh, Abi, Sungai Batu Pahat, Sempering dan juga di kawasan Kangar namun dipercayai kes yang sama turut berlaku di beberapa lokasi lain tetapi belum dilaporkan kepada pihak berkuasa.